wanita itu ini.

Assalamualaikum.

aku rindu.
rindu pada sentuhan wanita itu ini.
rindu pada senyuman wanita itu ini.
rindu pada gelak tawa wanita itu ini.
rindu pada mimik muka wanita itu ini.

aku rindu.


pada cara wanita ini buat mimik muka comel masa aku cakap "alala,mak pon penah buat*sambil cium pp".
pada cara wanita itu ambil makanan masa makan kat oren.



aku rindu.

pada saat pertama kali aku melihat wanita itu menangis kerana kekasih hatinya disisi dan aku memujuk.
pada saat wanita ini menangis saat melepaskan aku dari pelukan.


aku rindu.

pada indahnya perasaan wanita ini memuji ku.
pada indahnya perasaan wanita itu memuji ku.
(bayangkan perasaan sendiri bila orang yang disayangi mengutuk anda)

aku gembira, wanita itu ini yang ku sayangi. memberi perhatian kepadaku.
aku gembira sempat bermanja dengan wanita itu sebelum wanita itu meninggalkanku.


aku rindu.
kepada wanita itu,
melihat video kita berdua bermesra.


aku rindu.
kepada wanita ini,
melihat kau kembali menjadikan aku kebanggaan kau.
melihat kau bersusah payah bancuhkan susu pagi-pagi masa aku sekolah dulu.
melihat kau baring tertido di katilku  teman aku berceramah tentang hal belajar aku.
melihat kau datang kepadaku dengan lembut meminta aku tuliskan resit pada kau. **comelnya!*jerit.

aggrhh.

wanita itu,
marah kepadaku.
tiada sebab yang ku tahu.
di tanya kenapa.
di jawab buatku terasa.
(tak payahla risau macam aku dah mati).

aku cuma perlukan kau.
macam dulu.
bila birthday kau telefon aku.
walaupun kau brutal rock gitu.
bila aku ada masalah text aku mesti sampai kau dulu.
kau pesan baik-baik.
kau iingat tak??
masa praktikal dulu aku mesej kau.*jerit
bila aku bersedih kerana wanita ini.
tidakku harap dirimu menganggapku teman baikmu.
cukuplah sekadar berharap aku dianggap TELAH menjadi penemanmu yang terbaik.
kau ingat tak???
aku dengan **** selalu baring atas peha kau, punggung kau bila nak manja-manja pastu kau mesti bagi.
aku rindu nak sentuh kau.
aku rindu kau wanita itu ! *jerit .

wanita ini.

"ibu..                                   
 ibu..
 engkaulah ratu hati ku"

tiada apa lagi yang dapat aku gambarkan tentang diri kau,
tiada gambaran yang seindah diri kau ibu.
meskipun aku pernah tersentap hati dengan kau,
apatah lagi berjuta kali kau tersentap hati dengan aku, kan bu?
ingin ku melihat kau baca natang kejadah aku taip ni,
tapi aku malu.
aku ego, adakah ni punca kau terasa denganku ibu?

inginku peluk cium dirimu saat ni ibu.
tapi sayang seribu kali sayang.
kau dah tidur la pulak.haila.




SELAMAT HARI-HARI HARI IBU dan AYAH :) 
                                                                raja dan ratu hati :)