walking away. MOVE !

Assalamualaikum.

Let's walking away from trouble !

wanna eat? amek kt mulut , dah nak sgt.
haha.


   hem, bila pulang ke rumah.aku rasa sangat sunyi. walaupun akak aku tak tinggal bersama suaminya di wangsa maju kerana alasan kerja,dan tinggal bersama keluarga,tetapi orang yang sudah berumah tangga jarang nak layan kanak-kanak under age macam aku ni. err, mcm kita. 


   Okay, so. aku nk berbaik la dengan mr blog aku ni. kesian la pulak kat dia aku tinggal lama-lama.. well, as a diploma level student, sekarang aku tengah semester break. 
time cuti ni macam-macam jadi. haha. disebabkan apa yang aku buat semasa di tempat belajar aku haritu, efeknyer sumer kena kat aku time sem break ni.. toink-toin-toink. what u give, u get back, soon or late. hahaha


  okaylah. so, efek baik ke buruk yang aku dapat ni bakal aku basmi dengan membiarkan sahaja efek itu.
nanti lepas la. aku malas nak amek kecoh efek ni. 




by listening this : 

                                              i'm walking away, to find a better day ! yeah.

 

 

Pedih untuk efek yang buruk, manis untuk efek yang baik :)




Essay : Punca keretakan hubungan .

Assalamualaikum.

Kalau marah jgn disimpan.
nanti berdendam.
balas diam-diam.
dua-dua pihak terasa bahang.

buatlah aktiviti sihat,seperti berkayak.hahaha


   Punca kejadian pergaduhan yang berlaku kebanyakannya disebabkan perasaan marah yang disimpan.
Cuba anda lihat di sekeliling anda, adakah insan yang mampu setia dalam perhubungan jika sedang marah?
kebanyakan orang akan memilih untuk curang apabila mereka sedang di dalam perasaan marah dan tidak berpuas hati dengan sikap pasangan masing-masing. Mereka akan bertindak apa sahaja demi memuaskan nafsu mereka untuk membalas dendam.

   Sikap paranoid juga menyebabkan sebuah perhubungan menjadi lesu. Lesu di sini kerana, jika salah seorang pasangan terlalu paranoid terhadap pasangannya , akan menimbulkan  rasa tidak senang hati pasangannya itu, maka timbullah niat untuk berlaku curang terhadap pasangan sendiri. Di sini, boleh dilihat jika si suami selalu pulang lewat ke rumah kerana bekerja, si isteri mula mengecam si suami dengan kata-kata kesat dan menimbulkan rasa marah suami sehingga berjinak-jinak untuk berlaku curang kepadanya. Perkara ini akan kerap terjadi kepada pasangan yang mempunyai mata besar. hahaha.. kerana menurut fakta yang di baca oleh sahabat penulis(aki), orang yang mempunyai mata besar lebih kuat cemburu berbanding orang bermata sepet.

 
 
   Selain itu, sikap malas ambil tahu tentang perkembangan pasangan juga boleh mengakibatkan pasangan berlaku curang. Hubungan di jalin atas dasar kasih sayang, jadi kasih sayang perlu disemai setiap hari agar bercambah rasa cinta sesama pasangan. Jika anda mengabaikan pasangan anda seperti jarang mengucapkan "i love you", bakhil untuk membeli hadiah kepadanya, tidak mengingati tarikh penting hubungan anda, dan jarang berjumpa kerana sibuk bekerja, ini akan membuatkan pasangan anda menjadi bosan dan memilih untuk mencari orang lain atau parasit-parasit yang menunggu masa untuk solap pasangan anda. Trust me. Rakan berlainan jenis dan salah seorang daripada ahli group kerja dengan pasangan anda akan mula mendekatkan diri mereka dengan pasangan anda apabila mengetahui status hubungan anda dan pasangan anda tidak rapat.

  The end , jangan terlalu percaya kata-kata hubungan anda bahawa dia setia kepada anda dan tidak menghubungi sesiapa secara manja dan comel selain anda. Jika anda terlalu mempercayai pasangan anda tanpa selidik, anda akan dapati pasangan anda berbalas text dan mungkin bermesra dengan orang lain.

    Pokoknya, jangan meletakkan rasa sayang yang tinggi pada pasangan anda jika takut di kecewakan pada suatu hari nanti. Jangan overload perasaaan anda pada pasangan anda jika tidak mahu merana setelah ditinggalkan. hahaha. tak lah, sayangilah pasangan anda sepenuh hati anda. ukir lah cinta anda kepada pasangan di bintang, tak kan hilang ditelan zaman. auww. Jika anda telah dikecewakan sekali pun, redhalah dengan takdir, mungkin ada yang terbaik sedang menanti anda dan membawa anda ke syurga. who knew ? ingat , apa yang penting. sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diberi petunjuk.

 


p/s : best.. aumm.aumm