adakah aku penagih yang tidak ku pilih ?

Assalamualaikum .

dahulu, aku mempunyai pilihan. aku memilih yang satu ini. sampai sekarang ini pilihanku. kekadang aku menyesal akan pilihanku sendiri. sungguh aku merindu salah satu diantara yang tidak kupilih. aku sangat-sangat merindunya saat ini. mungkinkah ini keadaan seorang yang tidak menghargai sesuatu selepas kehilangannya. aku tidak tahu . yang pasti hati ku meronta-ronta ingin saat dahulu kembali agar dapat aku melaksanakan kerja pemilihanku dengan lebih tepat.aku bukan sahaja merinduinya malah menginginkannya pula. apakah aku layak digelar penagih yang tidak ku pilih. tapi apa yang aku tagih? terlalu banyak rupanya tak dapat ku sumbat dan jaja semuanya dalam satu naskah virtual terpencil yang di ilham dari sudut terpencil hati aku ini. aku pernah saja melupakan dan anggap tiada apa yang terjadi kerana aku gembira mendapat yang dipilih, malah aku lagi berani menjual tanpa bayaran hanya cukai tertentu ditarik sesetengah cerita yang penting kepada yang tidak dipilih. apakah aku layak saja digelar pencacai cerita sendiri malah kepada yang tidak dipilih. sungguh, damn .

yang tidak dipilih mungkin dipilih orang lain menjadi sumber kegembiraan nya.
aku? sedikit-sedikit sehari sehari memikirkan yang tidak dipilih....
yang aku pilih pula? tidak selalu bersama ku fizikalnya.
memang, yang terbaik itu mudah datang mudah pergi. tapi, aku yang membiarkannya pergi penuh emosi !
maaf .

Macammm-macammm perempuan .



Auburn - perfect two .

without any purpose aku baru jaaa mulaaa suka lagu niii . how sweet it was . auuuw ...

p/s : last 2 weeks . i lost my cat. Again :( the tough one . Otot :( in a car accident sebab kena kejar dengan kucing jahat !!!!!


annoying .

Assalamualaikum.

 :why:

got this from twitter :
" awak rindu tak bagaimana kita sebelum ni ? seperti saya sayangkan awak dan awak sayangkan saya ? "

rasa macam bodoh pulak bila terlalu banyak angan-angan ingin aku buat bersama dia .


p/s :yaoming: ha? 


untuk kamu sampai sini ...

Assalamualaikum .

semakin lamaaa aku menanti , semakin jauhh dia pergiii .
semakin lamaaa aku bersamanya semakin jauh rasa kasih di hatiii .
semakin kuattt usaha aku untuk dekatinyaaa semakin sukar aku rasaiii .
semakin ingin hidup sematiii , semakin banyak dusta menantiii .


lalu .
aku tinggalkan semua usaha daya menggapai hatimu sehati denganku.
aku pulangkan jiwamu yang tiada sejiwa lagi denganku.
aku jauhkan pula hatiku daripada terus menginginkan mu bersamaku.
aku ganjakkan pandanganku ke arah sesuatu yang lebih baik untuk bersemadi di hatiku .


mungkin ini adalah pengalaman dan pengajaran yang terbaik untuk ku , KAMU .

~ warkah berfeeling pilu . boleh ? haha .


p/s : again . zayn malik . ehem ♥‿♥



ampun dan maaf .

Assalamualaikum .

aku cium gak budak ni !!!


Hai anja aum . hehe
selamat hari raya maaf zahir dan batin  (:



waduh , dari hari raya pertama sampai harini, demam aku tak pergi-pergi .
dah macam budak hingusan hingus tak benti-benti .
dah laaa parut jerawat degil tak mao hilang-hilang . ni semua sebab aku p try krim safi.
mmg la puteh tapi jerawat naek surut naek surut . aku tak suka !


so now, i go back to ZA true white .
haha . dia dah macam sorang laki yang aku akan p balik kat dia bila dah laki laen layan aku cam gampang .
okay, pasni aku tak tinggal ZA true white aku lagi . okay darl ???
hahahaha. perumpamaan je okay untuk ZA true white .

hem , sekarang ni banyak sangat benda yang aku benci gila dulu aku jadi suka gila dan sebalikya . Tuhan dah tunjuk kat aku jangan terlalu benci sesuatu . aku boleh nampak la aku dulu benci gila Demi lovato, last-last aku suka . haha. lagi aku dulu benci gila sotong, last-last aku makan tak cukup , agagaga . aku dulu minat gila cina , last-last aku minat mamak pulak sampaikan ayah aku tak bagi kerja dengan mamak . hahaha .



Huh.

Assalamualaikum..



huh. mengeluh benda yang paling aku akan buat setiap hari.

huh. menyampah dengan orang *tsk
huh. malas belajar tapi nak hebat.
huh. bosannya kena berleter *hmpf
huh. tunggu orang yang tak dtg-dtg kekadg
huh. nak makan sedap bajet lari *nyumnyum
huh. knp laa aku tak kentalll...


Rasulullah saw bersabda :

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


so now, ika?nak huh.  lagi??




bukan benda baru .

Assalamualaikum....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

1.awak tahu tak, kalau harini awak gembira bertext-text dengan perempuan lain,
besok dia pulak gembira bertext-text dengan lelaki lain,
hahahaha.

2.awak tahu tak, kalau awak keluar pergi jumpa mana-mana perempuan dengan kawan awak,
besok dia pulak keluar pergi jumpa mana-mana lelaki dengan kawan dia.dia cari yang kacak-kacak,ada duit ada kereta,tak pun DUCATI ke.
hahahaha.
Hello Kitty kuat makan(n_n)

3.awak tahu tak, kalau awak rasa dah macam tak nak la jadikan dia bini,
satu hari nanti tah-tah dia yang kahwin dengan orang lain pastu pgl awak pegi kenduri.
hahahaha.


4.awak tahu tak, kalau harini awak malas nak layan kerenah dia,
satu hari nanti dia pun tentu akan benci kerenah awak, rasa meluat je.
hahahaha.

Panda Po triple kuat makan. hihi (n_n)

5.awak tahu tak, bila awak tak tahan dengan kerenah dia,
dia pun tak tahan dengan kerenah awak.
tetapi..
dia dapat lupakan kerenah awak slow-slow sebab dia dah topup kasih sayang kat diri  awak. auww.


eh awak ni, senonoh la sikit. mesti percaya kan kalau dia buat macam ni?
tak mungkin laaah..
awak boleh cemburu comel pasal no.2, tapi jgn percaya dia akan buat awak begini.

"MY HEART IS PERFECT BECAUSE YOU ARE INSIDE" boleh? (^3^) mwacs! hihi. (n_n)


ah.Toy :(

Ah.
risaunya dengan keadaan kesihatan dia.
Toy.
3 hari dah Toy tak makan.
kurusnya Toy,suara pun laen sangat,muka tersangat berbeza berbanding zaman kegemilangan Toy dulu.
ya Allah.permudahkan pemergian Toy jika Toy ditakdirkan pergi dulu.
jika Toy ditakdirkan untuk sehat semula, permudahkan la juga kepulangan kesihatan Toy ya Allah.
Amin.

Toy yg tough dah kacak satu ketika dulu...
mana pergi sayang? :(

Miracle Tab Soap dan HD review.

adik sayang jugala MIRACLE TAB SOAP RM70.
adik kurang sayang MIRACLE TAB HD RM80

Assalamualaikum.


aishh! aku nak lenyek pakai kaki la pulak rasanya MIRACLE TAB SOAP dan HD .
mak aku cakap kulit aku gelap lepas sebulan 9 hari aku pakai dua-dua ni.
mak aku cakap duduk rumah ja pun kulit gelap. aish. nanah telinga. hihi.
aku tak perasan pasal tone kulit aku,
yang aku perasan lama-lama aku pakai small breakouts(i'm going to call it SB) happened !*kat pipi lak tu you!
macam harini ada lusa hilang tulat ada tunging hilang. again,again.macam tu selama sebulan lebih.
SOAP tu aku sayang juga sebab bila muka aku dicakar kucing or terkena minyak panas or terkena iron panas, aku cuci dengan soap miracle tab, mmg miracle la hilang tanpa parut area tu dalam 2 ke 3 hari menggelupas dan hilang!

hem,dalam seminggu baru-baru ni, aku mixed dua-dua ni dengan vitamin E cosmoderm.
yeah, akhirnya.
agak berkesan dan membantu kurangkan SB kat muka aku.
3 hari pertama dulu pakai soap dan HD je sumpah aku rasa macam nak lompat bintang rakam pehtu boh dalam youtube pehtu rasa malu pehtu buang video tu pehtu orang lain yang dah download upload balik kat youtube pehtu hampehituolang, nampak clear gila seperti yang di katakan. rasa macam wah perfect skin la, aku p kedai mak aku kira tak payah pakai bedak tepung silky white yang RM3.90 tu pon. *muka bogel.

adik forever comel dalam hati.
eh2,indah matra ent. lol


hem, mengicute aku la kan, based on apa yang terjadi pada kulit ku. aku kena pakai vitamin E cosmoderm ni jugak lepas soap dan HD sebelum tidur. aku tak leh bantal dua tu je. bila aku palit Vitamin E cosmoderm ni baru rasa okay berbanding hari sebelum pakai vitamin e cream ni. hihihi. tapi parut SB sebab Soap dan HD still tak hilang sangat(time pakai ZA da nak hilang parut lama!), dan tone kulit aku sama ja. kehkeh. yelah mak, CIK pakai ZA TRUE WHITE balik ke GARNIER ke macam mak suruh tu.

baby lembut manja cosmoderm vit e
p/s:sory dulu aku benci ang sebab ang lembut.

ha, abang aku paling kuat mengkritik aku bila pakai natang natang ni. MUNGKIN atas dasar kaki kritik. hahaha.

hah! so now aku kena la bubuh sikit bedak tepung silky white yang RM3.90 tu sebelum p kedai, sebab nanti kulit aku macam oily sikit,MUNGKIN sebab vitamin E cosmoderm la tu. but, still okay daripada pakai dua-dua tu ja. ha.geram aku!
p kenduri takpelah letak foundation ZA,p kedai aku malas..
ah,again ZA. rindu pulak. 1st and 2nd words for my name ! hahaha. lol :P

adik za foundation domey cam the bob kucing aku.

campuran soap, HD dan cosmoderm vit E buat kulit aku lembut dan kurang SB brbanding HD dan soap je. tu je.
yang laen takdek kesan papapun padaku.
aku rasa kalau aku nak beli balik product miracle tab, aku nak beli TAB EX je. just TAB EX!
tapi bukan sekarang la. RM 180. oh my tak mampu.haha.

yang penting, ni berdasarkan pengalaman aku pakai barang ni. laen orang laen kulit. ye dak?
ada aku tengok testimoni bapak cun kulit. mai kat aku, heh.

baru seminggu aku pakai cosmoderm vitamin E ni, MUNGKIN sebab tu parut SB tak pudar lagi.

ah semua MUNGKIN!




hai, awak kacak tanpa cela ke?

Assalamualaikum.

sighs*
bukan senang nak puaskan hati orang.
paling susah nak di puaskan adalah hati orang.
hati yang paling tak pernah puas adalah hati orang.
orang yang paling annoying adalah orang yang tak pernah nak rasa puas hati dan benda yang dia tak puaskan tu adalah tentang orang lain yang tak da kacau walaupun senipis benang kanvas kehidupannya?

tak malu...

ouh,a'ah kacak2!
nak tisu tak?

Gelabah ayam.

Assalamualaikum,

Baru kena sikit dah gelabah nak mati.
auh,auh emo nya saya.

status buat org tertanya-tanya pelik
lepastu bila orang tanya tak nak jawab mula lah tipu cerita.
kan padan muka dah kena cap typical female suka putar belit
hati dah panas macam neraka.


p/s : bontot sendiri dicili.

hahahaha.


white rose. lagi sekali...





p/s again : Panda po lagi.
                 aku tunggu.
                 gusti nak?
                 mana kau GENDUT? *jerit.

Pernah kau rasa ?

Assalamualaikum.

saya kucing ika,
nama diberi The bob.
saya sayang ika angat.x.o.x.o
hari-hari saya tunggu ika.
tunggu ika bagi saya makan!


Pernah kau rasa satu penantian ?

hari ini kau tunggu aku,
hari esok kau tunggu aku,
hari berikutnya kau tunggu aku.                                      

pagi petang hujan mendung panas kau tunggu aku.

malam sepi sunyi hingar-bingar pun kau tunggu aku.

tapi aku tak rasa apa-apa pun. aku takda perasaan pun nak fikir yang ada orang tengah tunggu aku.

pernah?
kenapa diam?
pardon me?
pernah kah?

tanpa faedah.

Assalamualaikum.

aku macam selalu okay, kenapa dengan kau?

EH,
kalau dari dulu lagi kita berkawan bagi kau tiada faedah.
jgn mula kan fasa mesra-mesra kawan.

faedah tiada kata kau?
tiada faedah juga kau sakitkan hati aku sekarang, 
aku tak paham...
apa guna nya?
apa maknanya?
hi abg anime :D
apa tujuan nya?                      
apa perlu nya?
apa kesan nya?

kau, kau,
aku, aku, 

we?

GONE .

eh-eh "i will miss u" lari jauh bila aku nak guna. 
hem, tak perlu guna kot ?

Jujur kau best la. 





wanita itu ini.

Assalamualaikum.

aku rindu.
rindu pada sentuhan wanita itu ini.
rindu pada senyuman wanita itu ini.
rindu pada gelak tawa wanita itu ini.
rindu pada mimik muka wanita itu ini.

aku rindu.


pada cara wanita ini buat mimik muka comel masa aku cakap "alala,mak pon penah buat*sambil cium pp".
pada cara wanita itu ambil makanan masa makan kat oren.



aku rindu.

pada saat pertama kali aku melihat wanita itu menangis kerana kekasih hatinya disisi dan aku memujuk.
pada saat wanita ini menangis saat melepaskan aku dari pelukan.


aku rindu.

pada indahnya perasaan wanita ini memuji ku.
pada indahnya perasaan wanita itu memuji ku.
(bayangkan perasaan sendiri bila orang yang disayangi mengutuk anda)

aku gembira, wanita itu ini yang ku sayangi. memberi perhatian kepadaku.
aku gembira sempat bermanja dengan wanita itu sebelum wanita itu meninggalkanku.


aku rindu.
kepada wanita itu,
melihat video kita berdua bermesra.


aku rindu.
kepada wanita ini,
melihat kau kembali menjadikan aku kebanggaan kau.
melihat kau bersusah payah bancuhkan susu pagi-pagi masa aku sekolah dulu.
melihat kau baring tertido di katilku  teman aku berceramah tentang hal belajar aku.
melihat kau datang kepadaku dengan lembut meminta aku tuliskan resit pada kau. **comelnya!*jerit.

aggrhh.

wanita itu,
marah kepadaku.
tiada sebab yang ku tahu.
di tanya kenapa.
di jawab buatku terasa.
(tak payahla risau macam aku dah mati).

aku cuma perlukan kau.
macam dulu.
bila birthday kau telefon aku.
walaupun kau brutal rock gitu.
bila aku ada masalah text aku mesti sampai kau dulu.
kau pesan baik-baik.
kau iingat tak??
masa praktikal dulu aku mesej kau.*jerit
bila aku bersedih kerana wanita ini.
tidakku harap dirimu menganggapku teman baikmu.
cukuplah sekadar berharap aku dianggap TELAH menjadi penemanmu yang terbaik.
kau ingat tak???
aku dengan **** selalu baring atas peha kau, punggung kau bila nak manja-manja pastu kau mesti bagi.
aku rindu nak sentuh kau.
aku rindu kau wanita itu ! *jerit .

wanita ini.

"ibu..                                   
 ibu..
 engkaulah ratu hati ku"

tiada apa lagi yang dapat aku gambarkan tentang diri kau,
tiada gambaran yang seindah diri kau ibu.
meskipun aku pernah tersentap hati dengan kau,
apatah lagi berjuta kali kau tersentap hati dengan aku, kan bu?
ingin ku melihat kau baca natang kejadah aku taip ni,
tapi aku malu.
aku ego, adakah ni punca kau terasa denganku ibu?

inginku peluk cium dirimu saat ni ibu.
tapi sayang seribu kali sayang.
kau dah tidur la pulak.haila.




SELAMAT HARI-HARI HARI IBU dan AYAH :) 
                                                                raja dan ratu hati :)



TERUSKAN tapi dalam DIAM.

Assalamualaikum.

Dalam diari page depan :

" Hidup ni kena perasan" .

yeke?

Perasan lah diri kau sampai bila-bila.

Kuat agama,
Kacak,
Tinggi,
Tan skin,
Akihiro sato look
Bijak,
Kaya,
Kurang baik je tak jahat.

itulah kau rasa.
kan?
maka.
perasan lah.
teruskan.

hi, nama saya aman,
     saya mmg "aman". ^^



p/s : akihiro sato aku terjumpa time google pakistani model padahal dia brazilian. hahaha.


------- >  http://missosology.info/forum/viewtopic.php?f=7&t=6455&start=0

saketlah kalau perasaan "sendiri kau" apatu magnificent tapi orang lain rasa "sendiri kau" itu sebaliknya.
bukan rasa je, orang siap luah tanpa sedikit citarasa tentang kau pada kau depan kawan-kawan kau,
kan selalu orang cakap jgn terlalu mengharap jika takot dikecewakan.
so,nk mengharap lagi ke org rasa macam kita rasa?

jgn haraplah.putus harap je lah.
hahahaha.

perempuan.. hobinya? menagih janji ye kan?berharap eh tu?
hehe.auw.auw.auw.
saya perempuan :)





Maya.....

Assalamualaikum

maya,seorang yang cantik,kulitnya berseri-seri tanpa secalit make up, warna kulitnya putih bercahaya dan kemerahan jika terkena cahaya,mempunyai bentuk badan yang lentik.rambutnya panjang. dia 3x maya karin di dalam cerita yang wujudnya lagu aspalela. auw.

uitm arau yg permai.


"hem, hidup kalau berTUHANkan emosi je memanjang,memang lingkup nyah".
ayat leteran terakhir jannah pada maya.

dah 7 hari berlalu hidup maya tanpa jannah.
jannah menemui penciptanya pada tanggal 31bulan8limapuluhtujuh2011..

maya! seorang gadis yang suka menyendiri.
hanya seorang sahabat maya. JANNAH.. tapi jannah dah tinggalkan dia.
"ah, mcm apalagi,elok aku nak gembira, jannah pulak pergi, lebam mata aku hari-hari nanges bukan dapat dia balik pun"..
maya bermonolog.
pintu dikuak,
"maya, tak nak makan ke sayang?anak mama ni dah kurus kalah model dah ni, nanti badan cam penghidap anorexia camna sayang?"

maya terus ke dapur. cari makanan! ambik kau maya.

maya berubah menjadi pendiam dan hanya berkawan dengan jannah selepas mamanya tidak menerima cadangannya hendak meneruskan pengajian dalam bidang marine technology.

zayn malik.aum



mamanya terlalu risaukan dirinya jika terkena air kerana maya yang pada asalnya adalah sumpahan seekor duyung !

haha.
tgk cerita "dongeng" selalu ye?
er.
okay. nite :)


kaulah insan itu.

diberi kasih sayang kau lemparkan..
kau lempar jauh ke sana,aku nampak.
perhatian yang dibalas pengabaian amat menyakitkan.
kasihan dirinya.
menjadi mangsa dek ketagih isi hatimu.
diselongkar isi hatimu untuk ditawannya.
hampir separuh ditawan, kau mula bosan.
bosan dengan kasih sayangnya yg diberi.
kau mula giat mencairkan hati mereka yang lain.

dia tinggalkan kau dengan penuh kesedihan.
kau pula ketagih,
ketagih perhatiannya..
ketagih kasih sayangnya.
dia pulang..
pulang bersama kau..

semangat belajarnya memuncak kembali,ya aku nampak.
ketika bersama kau,dia rajin.
belajar demi masa depan indah berdua.
kau,
kaulah pembakar semangat jauh dekat dia.

kaulah insan itu.
telah menjadikan dia seorang berguna.

dia kecewa
kau hampir suku kembali ke sisi lama.
kau ditinggalkan.
selamat tinggal org yang ditinggalkan.
tanpa berfikir untuk kali kedua, dia berlalu pergii....

*di radio berkumandang TENTANG RASA nyanyian ASTRID..

dia menangis,
dan aku nampak.kau pun begitu..
BERTINDAK lah..

2009 kita bjumpa, 2012 kita bpisah.. :(
hahaha.apa2 pun forever united lah ! :P



MEWAH lebih menawan HATI .

Assalamualaikum.
first time aku nak karang cerita dalam blog. lama tak buat sesi menulis camni. hahaha. er,k mula.


*******************************************************************************

"ah, aku selalu keliru ,aku ni aries ke pieces?" emy membebel sendirian ketika semua orang keluar berehat. Dia teruja untuk membaca horoskop setelah melihat teman se pejabat tersenyum gembira tadi kerana di dalam horoskop nya tertulis "harini anda akan mendapat kejutan oleh orang yang anda sayangi". Terjuih mulut emy melihat si Shila tersengih bagai kerang busuk sambil membetulkan rambutnya berlagu riang nada patah seribu. "eleh minachi ni, bajet shila hamejah pulak"  dia sempat sembur shila. Terkekeh-kekeh si shila ketawa dengan semburan " eleh kau tu,emilya dzulaikha,nak orang panggil emily, kemaen nak jadi emily didonito hahahaha ". Dia membulatkan mata sambil jelirkan lidah kepada Shila. * bangga nama macam emily didonito sikit-sikit, kalau dia melayu confirm la nama macam aku.hahaha


"emy! memang aku dapat kejutan we... raziff..."
emy tersentak,
aduh baru nak keluar rehat,apa pulak minah ni.
"raziff? kenapa dengan raziff ni Shila?"
depan aku, kau, dia berpeluk mesra dengan perempuan sama umur dengan mak dia kat restoran tu , dan aku pasti tu bukan mak dia" teresak-esak shila bercerita.
"jum,kita tegakkan kebenaran!" tangan shila ditariknya.


"ha,kau raziff, sapa ni ?" emy mencuba nasib untuk tahu kebenaran.
perempuan separuh umur itu tiba-tiba menjawab dengan senyum sumbing " dear, dia ni anak ikan i, you dah tahu kan.boleh blah ye dear berdua."
mereka sama-sama ketawa.
raziff dengan sisa ketawa menyampuk "dia bagi aku duit,pontiac G6,kemewahan, harap kau, akauntan je nama, aku mintak sikit pon kelekut manyak."
dengan tabah sepuluh kali ganda dari raziff, shila menjawab kata-kata raziff " pondan la kau makan duit perempuan,malas kerja habis kau ingat kau tu perempuan yang sedang bersuami ke aku nak bagi nafkah kat kau,pui. bai"
emy terkejut dengan shila yang sebelum ni jenis happy go lucky tiba-tiba menghentam seorang lelaki yang begitu disayanginya sampai begitu sekali. *terbaik ah kau shila !


p/s: malas ah nak buat bersiri.haahaha..
      yeah,manusia berubah sebab kemewahan, kemewahan merubah manusia.


emily didonito



Abang Tidak Pernah Berikan Cinta Yang Saya Inginkan | ISLAM dan Blog Aku ISLAM

Abang Tidak Pernah Berikan Cinta Yang Saya Inginkan | ISLAM dan Blog Aku ISLAM

TERHARU aku  baca :)

Jadilah dirimu kembali .

Assalamualaikum.

telur mata dlm bihun sup adalah 1 kelainan bgku.
er jakunnya.




Terlalu percaya pada sang buaya lelaki?

Hentikan.
pada satu masa, persis serigala trjumpa mangsa mereka akan merobek-robek hati mu,
menempek semua alasan palsu dgn ciptaan maha karya kasih sayang spt sistem tampal yg dgunakan ntok cover CGPA budak-budak UITM dhatiku, menuduh drimu yg bersalah duhai wanita dikala kesalahan itu nyata terbukti milik mutlak mereka, bermain kata-kata indah dgn sang gedik gadis lain tatkala kau menghilang dek merajuk gedik mengharapkn sang lelaki memujuk.

Cukup cukup dan cukup, tiada guna kau percaya pada buaya sdgkn kau kancil bijak yang pernah menganiaya bukan seekor buaya.

Jadilah dirimu kembali.


p/s : kancil bijak, arnab kaki tidur, kura-kura slowmotion but superb result, buaya kuat makan daging lepastu mengular lepastu cari daging lagi (bukankah itu nafsu yg tinggi) . ? :)

Bite me sebab i'll never bite u back ?

Assalamualaikum..

hem, tadi banyak kali aku kena tegur time jaga kedai mak aku.
kena tegur sebab. er adalahh..

sabar je.
disebabkan mulut aku ni kadang-kadang mampu matikan rasa kasih syg org kat aku dalam masa 24jam je,
so aku berdiam diri bila ditegur.

kalaulah aku mampu untuk membalas kata tanpa penghasilan racun yang banyak dan automatic menyedarkan "sesiapa" itu. hem..


adriana lima,ye aku suka :D
p/s: the lawa mama.

********************************************************
sebagai contoh je :

kalau ada orang cakap kat aku suruh tengok dia masak, macam ni la gayanya
"tengok la orang masak, macam ni la cara orang masak(dgn nada menekan huruf "k") ".
last-last. benda yang dimasak tak menjadi.
kalau aku dlm situasi ni, aku teringin nak cakap. "jgn berlagak sangat,tak semestinya dah selalu masak confirm jadi,baik jgn riak (dgn nada menekan huruf "k" juga) ".

kalau ada orang cakap kat aku bila aku bagi maklumat penting macam ni la gayanya
"ah, tak payah cakap dah, aku dah tahu la aku selalu buat(dgn nada menekan ayat selepas koma)".
last-last benda yang dibuat takder rupa yang diingini.
kalau aku dlm situasi ni, aku teringin nak cakap. " hem, pengajaran la tu, sombong sangat(dgn nada menekan ayat selepas koma)".

huh,selamat sempat aku snap bukti Maurer tanya aku camni :$
p/s: give me a little more time please. kehkeh
and show me a little thing called love;)

hufh, ni contoh je.
aku tak la terlibat dalam kes-kes ni pon, kalo terlibat pon, sokay la aku tahan.
hahaha.


p/s : er, semua ni sbg contoh gaya respon yang aku teringin nak bagi tapi tak saampai hati.. Laen kes eh dari        
        yang ni :DD

mulut kena jaga lau nak hasilkan madu.aum.. hahaha



Fever .

Assalamualaikum.

aduh, badan ku sengal-sengal tak bertahap.
tiba-tiba je aku demam harini,
aku demam bukan sebab barcelona KALAH, padan muka.

just..
hem takleh expect kan semua Allah yang bagi.
sangat bosan membantal je harini.
so aku decide untuk memblog.
er, still atas katil gak.
haha

ahh :'( look at me.treat me well, don't give me another "disease"

idky, but today, i miss this girl. a lot. :(
     



hem, demam pon nak cerita orang. tak maluu. boo
haha.


resepi kerepek pisang

Assalamualaikum.

aku ada buat kerepek pisang.
hehehe.
okay-okay. mudah je.
err, mudah pon lau tak buat, tak jadi gak.

panaskan minyak,
sagat the pisang emas dlm kuali.
masukkan gula sikit.
gaul.

jum tgk kecomelan kerepek ni :)

cute :P

senapang angin .

Assalamualaikum.

eh eh, dia ni babirusa. 

aku kena shoot tadi.
aku kena shoot dengan senapang angin
hahaha.

sumpah serius sangat-sangat sakit.tapi bedenyut lagi.
aku tak sangka kewujudan manusia jenis buat tak tahu kadang-kadang ibarat senapang yang sedang melepaskan peluru ke arah aku.
bertubi-tubi aku di shoot.

manusia jenis buat tak tahu ni aku dah ibaratkan mereka macam jenis tak ada perasaan.
contoh r, macam dia bagi harapan apa-apa kan yang memang best didengar dan diaplikasikan,
tiba-tiba that day benda tu sepatutnya berlaku, er just like nothing happen.
siap pergi berjalan-jalan macam tak pernah cakap apa-apa.
chill la,
actually da brkali kena. so, tak leh chill dah..
orang macam ni tak cepat  langsung tak makan hati pon, take it easy je.
kepala hoNO dia.
aish,geram aku.

da macam. ****.
aki, tak baek tau cakap "shit" kat orang.
alamak, diri sendiri marah aku sebut benda tak baik.

sebenarnya mungkin salah aku sendiri sebab terlalu.
no no no, bukan trlalu percaya..
sebab terlalu er, high expectation ?
haha.
eh.high expectation !
what? temaktub dalam rahsia tarikh lahir?


p/s : final result,tolong la takot sikit. :(

adult behave .

Assalamualaikum

hello :)
rindu. mwacs. haha

yeah!

er, aku kan nak tukar skin care product aku an sbb alcohol kt prismizer za tu.
tadi aku dapat miracle tab, just soap dan HD glow essence je. TAB EX stock habes.
ah, biar aku try pakai dulu.
nanti aku share-share result eh. kehkeh.


well-well-well. i'm gonna be an adult ?
releks ah, aku pun
tapi aku ESOK,
eleh ko, aku sejam yang lepas
hello, i'm an adult.

hem.
siapa-siapa pun akan jadi adult one day kan.
rasa macam nak habiskan teen aku puas-puas je sebelum tiba saat tu.
hehe :D

ni post terakhir aku as a teenager.
:'(
sedeh mey.
umur,
u remind me about :
rumah kata pergi, kubur kata mari .

p/s : wink-wink-wink.
bismillah dulu.
YA Allah, dekatkanlah diri kami denganMU ya Allah :)
HIDUP DAN MATI KAMI UNTUKMU YA ALLAH.
amin.
:)

ZA TRUE WHITE

Assalamualaikum.

ZA dah lama dah dalam industri kecantikan ni.
memang agak glam. tak payah nak iklan kat tv macam loreal pon orang beli gak.
or maybe takder modal nak advertise macam loreal. who cares.
yang penting ada demand.
aku tak sure ZA ni barang TAIWAN or JAPAN.



hem, la ni aku guna za true white sebagai skincare range aku.

ZA menjanjikan di website nya dalam masa 3 bulan parut jerawat di muka akan hilang or pudar je.
ehem. 8 months user.

well, kepada sesiapa yang nak try ZA TRUE WHITE ni,


ZA TRUE WHITE PRISMIZER ni ada campuran alcohol.
so tak leh la bawak pakai solat.
tapi okayla kalau untuk oily skin sebab bila aku pakai sebelum tidur
jerawat seriously senang di elak dan di basmi la.
contoh kalau baru nak naik an, tak sempat membesar dah mati.
harga dalam RM39+ je. cool. 150ml.
yang ni bagus ah bagi pudar parut.
tapi tak best sebab ada campur alcohol.


er,aku kena tukar produk laen? :(

second, ZA TRUE WHITE EMULSION.
yeah. ni nak bagi kulit macam berseri cket.
kalau nak ganti yang ni pakai ZA TRUE WHITE PLUS CREAM pon okay.
hem,aku tak suka sangat yang ni. macam melekit cket.
yang ni 125ml , harga lebih kurang PRISMIZER.


facial wash, TRUE WHITE CLEANSING FOAM.
okay je, ada biji-biji mineral and vitamin c sikit dia letak.
so macam scrub la an, tapi biji-biji tu tak kasar.
harga RM19+ je.

bolehla tahan. 3/5 stars :)

use twice daily for better result.
tapi aku guna once daily je. :D
er, two is better than one.

Taboo and the TITANIC?

Assalamualaikum.

and

Hello

what?
the real TITANIC ?
errr,in 3d maybe.



PEREMPUAN    : meh nak seyom cket.
                              muah.
LELAKI              : meh nak seyom balek.
                              muah
PEREMPUAN    :  gila apa dia ni.
                             taboo betul aku lelaki gedik camni.
                             mau dapat tendangan penalti aku darah kepala".

auw,

er..
just nak try penggunaan "taboo" :)







KURA KURA, ARNAB dan binatang lain.

Assalamualaikum.

Well, aku baru lepas layan cinta kura-kura. okayla gak.

aum.aum. sedap tapak tangan pas tampar muka u.
yum.

Hem, kinda funny bila aku teringat pasal kawan aku cakap
actually, kita ni masing-masing ada relation dengan...
errr.. binatang?
okay,aku tak kan bagi contoh yang dia bagi kat aku.
tapi, aku akan bagi
contoh yang dipetik dari minda saya.
jika kita sakit, binatang yang ada relation dengan kita pon akan sakit.
and pada tarikh kita mati pun, dia mati.

ruslan mumtaz
p/s: hero jenis mamak aki.
6 pack abs?er, just perfect!haha


ini orang tua-tua/lama-lama/otai yang cakap.
don't believe it yeah kalau terpakxa.

Love and Joy.

Assalamualaikum.


(GREY) The neighbor's love .

What is love ?
cantik the 6th malaysia trends kat twitter yeah.
hahaha

friends ?
part of love & joy. 

the answer :
in maths , its problem
in history, its 'a walk to remember'
in science, its reaction after get stimulation
in movie , its the vow (they said)
in art , its heart
in me , is it you?
ergh. 

Anger hater . Ditto 3x.

Assalamualaikum.

Ehem. perlu ke repeat sampai 3 kali tajuk tu.
kalo paper retake buat kali ke3, ibarat terjun gaung dah.
tgu hidup ke mati je.(ad kan org terjun gaung tak mati).

raaawwwwwrrr !!!!!

i'm kind of sensitive bila kena marah dengan orang.
er, bila hang marah orang ada tak hang fikir dia tu sensitive ke tak?
okay-okay.
so, let's think before talk.learn from your anger.

hem, janganlah marah :(


well, aku jadi sensitive bila kena marah and time tu aku sorang-sorang kat tempat tu.
takda member backup or takda member nk ajak keluar berhepi.

fizikal?ye. aku nampak gagah dan tak berperasaan atas tindakan tak bermutu orang sekeliling aku.
hakikattnya aku sangat sebaliknya.

walking away. MOVE !

Assalamualaikum.

Let's walking away from trouble !

wanna eat? amek kt mulut , dah nak sgt.
haha.


   hem, bila pulang ke rumah.aku rasa sangat sunyi. walaupun akak aku tak tinggal bersama suaminya di wangsa maju kerana alasan kerja,dan tinggal bersama keluarga,tetapi orang yang sudah berumah tangga jarang nak layan kanak-kanak under age macam aku ni. err, mcm kita. 


   Okay, so. aku nk berbaik la dengan mr blog aku ni. kesian la pulak kat dia aku tinggal lama-lama.. well, as a diploma level student, sekarang aku tengah semester break. 
time cuti ni macam-macam jadi. haha. disebabkan apa yang aku buat semasa di tempat belajar aku haritu, efeknyer sumer kena kat aku time sem break ni.. toink-toin-toink. what u give, u get back, soon or late. hahaha


  okaylah. so, efek baik ke buruk yang aku dapat ni bakal aku basmi dengan membiarkan sahaja efek itu.
nanti lepas la. aku malas nak amek kecoh efek ni. 




by listening this : 

                                              i'm walking away, to find a better day ! yeah.

 

 

Pedih untuk efek yang buruk, manis untuk efek yang baik :)




Essay : Punca keretakan hubungan .

Assalamualaikum.

Kalau marah jgn disimpan.
nanti berdendam.
balas diam-diam.
dua-dua pihak terasa bahang.

buatlah aktiviti sihat,seperti berkayak.hahaha


   Punca kejadian pergaduhan yang berlaku kebanyakannya disebabkan perasaan marah yang disimpan.
Cuba anda lihat di sekeliling anda, adakah insan yang mampu setia dalam perhubungan jika sedang marah?
kebanyakan orang akan memilih untuk curang apabila mereka sedang di dalam perasaan marah dan tidak berpuas hati dengan sikap pasangan masing-masing. Mereka akan bertindak apa sahaja demi memuaskan nafsu mereka untuk membalas dendam.

   Sikap paranoid juga menyebabkan sebuah perhubungan menjadi lesu. Lesu di sini kerana, jika salah seorang pasangan terlalu paranoid terhadap pasangannya , akan menimbulkan  rasa tidak senang hati pasangannya itu, maka timbullah niat untuk berlaku curang terhadap pasangan sendiri. Di sini, boleh dilihat jika si suami selalu pulang lewat ke rumah kerana bekerja, si isteri mula mengecam si suami dengan kata-kata kesat dan menimbulkan rasa marah suami sehingga berjinak-jinak untuk berlaku curang kepadanya. Perkara ini akan kerap terjadi kepada pasangan yang mempunyai mata besar. hahaha.. kerana menurut fakta yang di baca oleh sahabat penulis(aki), orang yang mempunyai mata besar lebih kuat cemburu berbanding orang bermata sepet.

 
 
   Selain itu, sikap malas ambil tahu tentang perkembangan pasangan juga boleh mengakibatkan pasangan berlaku curang. Hubungan di jalin atas dasar kasih sayang, jadi kasih sayang perlu disemai setiap hari agar bercambah rasa cinta sesama pasangan. Jika anda mengabaikan pasangan anda seperti jarang mengucapkan "i love you", bakhil untuk membeli hadiah kepadanya, tidak mengingati tarikh penting hubungan anda, dan jarang berjumpa kerana sibuk bekerja, ini akan membuatkan pasangan anda menjadi bosan dan memilih untuk mencari orang lain atau parasit-parasit yang menunggu masa untuk solap pasangan anda. Trust me. Rakan berlainan jenis dan salah seorang daripada ahli group kerja dengan pasangan anda akan mula mendekatkan diri mereka dengan pasangan anda apabila mengetahui status hubungan anda dan pasangan anda tidak rapat.

  The end , jangan terlalu percaya kata-kata hubungan anda bahawa dia setia kepada anda dan tidak menghubungi sesiapa secara manja dan comel selain anda. Jika anda terlalu mempercayai pasangan anda tanpa selidik, anda akan dapati pasangan anda berbalas text dan mungkin bermesra dengan orang lain.

    Pokoknya, jangan meletakkan rasa sayang yang tinggi pada pasangan anda jika takut di kecewakan pada suatu hari nanti. Jangan overload perasaaan anda pada pasangan anda jika tidak mahu merana setelah ditinggalkan. hahaha. tak lah, sayangilah pasangan anda sepenuh hati anda. ukir lah cinta anda kepada pasangan di bintang, tak kan hilang ditelan zaman. auww. Jika anda telah dikecewakan sekali pun, redhalah dengan takdir, mungkin ada yang terbaik sedang menanti anda dan membawa anda ke syurga. who knew ? ingat , apa yang penting. sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diberi petunjuk.

 


p/s : best.. aumm.aumm



e scary

Assalamualaikum..
e- scary ?
e-marketplace ke tu?
jual-jual barang yang cam scary-scary ke?
hahaha..

takdekla..
just scary je tengok gambar-gambar tak senonoh perempuan dok tersebar kat internet .
bahaya la bahana intenet ni..
aku tambah e kt depan untuk mecomelkan lagi pkataan scary tu..
hahaaha...

Ustaz Kazim Elias - Marah

Jangan Marah-marah.. :DD



Layan video ustaz kazim.. chalo...

Sifat anak adam:

1. Cepat marah tetapi cepat pula redanya
2. Lambat marah tetapi bila marah cepat redanya
3. Cepat marah tetapi lambat redanya

Kismis dan Kate Perry ?

Assalamualaikum...


Kismis..


Yeah raisins...
Roomate aku ada ajarkan how to make kismis more effective..
okay-okay-okay..
Malam-malam seblum tidor..
rendam la dalam sebelas biji ke.. tujuh biji ke.. duoploh satu biji ke..
kismis dalam kuantiti air yang mencukupi...
Bangun pagi esok..minum air tu..dan makan kismis tu.
Dah..


Nak lagi berkesan??
sila menyanyi lagu kate perry, The one that got away..


ggrrr....kate perry hidung tinggi...cantik..


Summer after high school when we first met..
.........
Talk about our future 
like we had a clue..
never planned that one day i'd being losing u.


In another life i would be ur girl..
we keep all our promises be us against the world..
In another life 
i would make u stay..
so i don't have to say 
u were the one that got away..


weh....
(yang pasal kena nyanyi lagu ni...err aku tipu je) :DD

Wordless Wednesday.

Assalamualaikum..

Bloody hell .. aku pon teringin nak WW la an... haha

HI . awak sehat ke si po comel ? 

No money? so. better don't talk with me



Poor Rich ha. haha

what are words if u really don't mean it .....

Assalamualaikum..


2.45 A.M.




Hi. maaf ye.. saya sedang belajar, test banyak. err... 
well... nk post lirik jap..typicalll laaa.hahaha
sumpah..sedih..la ni...






dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kena
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini

jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula,disisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua...


Hell... layan lagu camni mlm-mlm.. hahaaha





hem..kanak-kanak ribena mmg disukai org hutan.
err, time ni umur aku dlm area budak pkai cap tu..


special post for budak TEMBAM GENDUT yg pakai cap tu :D

Tunggu..tunggu..tunggu...

Assalamualaikum.


S.*.*.T
cantik na ...nak amek la..
 tak kena bayar..




apa la aku taip tu. S.*.*.T?


Harini aku g modul yangg part5 punyer.. well kan time part5 dulu aku skip sbb g praktikal.. hem.. so kena la ganti part6 ni..
sumpah sakit kepala..


Actually, S.*.*.t kat atas tu... refer kat rasa sakit hati aku kat seseorang.. aku akui, jahat nyer aku g sebut s**t tak tentu pasal an.. well, ni ada pasal knp aku taip...yeah, aku tak kuat untuk tahan nafsu daripada tidak berkata s**t .. paham tak ni? tak payah nak critical thinking sgt la..


aku mmg dalam mood  :
<-------




hem. dah 4 hari aku TUNGGU dia, habuk pon takder... sumpah sedih... hem, okay. tak payah nak sedih sgt laa..


Agak lama aku tak letak gambar aku, nina , wawa and si una ni.. mehla tgk.. free je. ori size ni..so cam besar sikit la...

trip ke Bukit Ayer. 
trip ke Taman Ular .






Gambar kami berempat agak tidak banyak pilihan sbb takder org nak tolong take kan. huhuhuhu